bila selipar berkata-kata

Friday, October 20, 2006

selipar nak cuti ni (versi syahdu skit...)


Hari ni nampaknya hari terakhir berada kat ofis sebelum cuti panjang... cuti raya beb... rayaaa. Korang tau kan hari raya tu apakan, jadi tak payahlah aku nak terangkan dengan bersungguh-sungguh maksud hari raya tu. Admin dah bagi pekeliling mengingatkan semua sebelum balik hari ni pastikan semua punca2 elektrik dipadamkan.

Tu satu hal... meja pun sempat kemas sikit2 je ni. Lepas raya dah kena pindah tempat baru. Harap2 tempat baru tu nanti happeninglah macam kat sini. Aku harap dapatlah dengar lawak2 bangsat Aan, ditambah plak lagi dengan lawak brader Kartekana. Tak cukup dengan tu tambah plak lagi Gayour, Padi dengan Kobis menghangatkan lagi keadaan. Bukan apa, takut nanti kat tempat baru tu tak boleh nak memekak macam kat atas ni. Tapi aku rasa diorang ni bukan kira tempat ni, kat memana pun boleh. Tak kisahlah asalkan kitorang enjoy. Harap2lah mereka2 yang kat tempat baru tu tak terkejut tengok perangai kitorang nanti.

Semua orang ucap Hari Raya. Aku pun ucap jugaklah. Kepada rakan2 kartunis - gayour, padi, kobis, aan, niezam, brader yo, brader kartekana, adan, jai, aie, bendi, keladi, ubi, taugeh, ai, cutevirus, aedes, rudy, cactus, zale, jambang, string, jacky, aimo, eisu, zid, stabak (dan memana yang aku lupa nak sebut tu - asalkan korang menyumbang dalam G3/JOM) aku dengan ikhlas memohon ampun dan maaf daripada korang andai ada salah dan silap. Selamat hari raya dan jangan lupa lepas raya nanti deadline dah dekat muahahaaa.

Kepada team gua yang sempoi... amang (eksyenlah kau ye balik kg naik kapatebang), faizal (raya jangan ngengada nak datang ofis plak), nanie (lepas raya mesti kitorang rindu kat nanie & gud luck bersama bos baru), ayem (buktikan dirimu yang sebenar... lu rock), lan (raye ni jgn sibuk nak pegi rumah girlfriend je... org rumah tau nanti padan muka) dan catborg (balik raya ni kalau merempit hati2... mat rempit sekarang ni dah dianggap malapetaka). Aku betul2 ikhlas ni nak mintak maaf dari korang kalau aku ada salah silap. Selamat hari raya... maaf zahir dan batin.

Roy - sepanjang aku kenal kau (bermula tanggal 10hb April 2000 - kiranya kaulah kawan aku yang paling lama kat karangkraf ni) sampailah detik kau baca blog ni aku nak mintak maaf kat kau mana2 yang aku ada sakitkan hati kau, kutuk2 kau, curi makanan kau, apa2 jelah yang kau tak puas hati kat aku selama ni. Kirim salam dengan family kau & family lynn.

Kepada rakan2 Gen-Y, team Klik, team BK dan team e-baca aku pun nak mintak maaf jugak dari korang... memana yang tak kena kat mata dan hati korang tu harap maafkanlah ye.

InsyaAllah kalau ada rezeki tahun ni aku buat open house aku ajaklah korang datang ye...

cutiiiiiiiii yeeeaaaaaaaaa..... !!!!!!!!

Friday, October 13, 2006

pastu selipar cakap lagi

ni kata2 untuk otak editor isu raye... kalau rajin bacelah

Assalamualaikum,
Salam sejahtera.

Menjelang Hari Raya, berakhirnya puasa,
Bergema takbir senja, menyambut syawal tiba,
Suasana riang ria, terlihat sini sana,
Menyeri malam raya, terhias indah rupa.

Kalau cerita pasal raya ni gua konfiden korang mesti cakap zaman raya kanak-kanak dululah yang paling meriah. Mula dari bab pilih baju raya, kasut raya, songkok raya sampailah bab nak raya rumah sape. Yelah bab nak gi raya rumah sape ni kena plan bebetul... kalau salah plan kurang dapat duit raya... muahahaa. Pastu hari raya ni jugaklah mak bapak tak kisah kita ngan kengkawan reramai nak pegi mana. Asalkan jangan tak balik rumah sudah. Kalau ada rancangan TV yang best tu, bolehlah singgah lepak lama jap kat rumah kengkawan. Pastu sambung balik jalan-jalan cari gaduh eh cari duit... hehehe. Jadi bagi adik-adik yang masih bersekolah tu gunakanlah zaman korang ni sebaik-baiknya. Rasalah nikmat raya yang best tu... jangan sia-siakannya. Bukan apa, bila korang dah besar panjang nanti dah tak tergamak nak buat aktiviti macam tu lagi dah.

Isu kali ni sudah pastilah pasal raya. Harap korang jangan lupa belikan majalah ni untuk anak-anak sedara kat kampung tu. Ada jugak bawa balik buah tangan. Mesti diorang seronok kalau dapat baca majalah ni sambil berhari raya. Dan juga kalau korang rasa ada niat nak bagi duit raya tu, apa kata korang bagi je majalah ni ganti duit raya tu. Yelah daripada diorang gi beli mercun dengan duit tu, lebih baik diorang baca majalah ni, dapat jugak menambah ilmu pengetahuan di hari raya. Takdelah risau nak putus kaki tangan akibat main mercun.

Dan pesanan yang terakhir kesihatan dan keselamatan dimusim perayaan ni haruslah diberi perhatian. Nak balik kampung tu pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan yang selamat. Yang balik kampung naik kenderaan awam tu, check bebetul tarikh dan waktu perjalanan. Yang memandu tu pastikan kenderaan korang diselenggara dengan baik. JANGAN MENGADA-NGADA NAK TOLONG TAMBAH STATISTIK KEMALANGAN MUSIM PERAYAAN TAHUN NI.

Gua bagi pihak krew penerbitan G3/JOM! mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.

P/s – Tahun ni Cikgu Mazli tak hantar kad raya kat girlfriend dia tapi dia hantar majalah G3 sebagai pengganti diri. Girlfriend Cikgu Mazli suka sangat sampai melompat-lompat sambil meneriak, “... yea yea dapat majalah G threeeeee!!!”.