bila selipar berkata-kata

Tuesday, November 14, 2006

selipar ni... cakap je kejenya...

otak editor isu Disember 2006...
kalau nak baca... baca, kalau tak nak baca... baca.
(entry lepas ni syahdu skit... tungguu...)

Assalamualaikum,
Salam sejahtera.

Amacam raye? Mesti korang raye sakan punyekan? Yang masih bersekolah tu mesti banyak rembat duit raya. Ingat, jangan membazir duit tu, simpan untuk buat belanja sekolah tahun depan. Ok dah settle cerita pasal raye, kita cerita pasal cuti sekolah plak. Apa plan korang cuti sekolah ni? Apa pun yang korang plan masa cuti sekolah ni, sentiasa beringat. Jangan ngade-ngade nak buat kerja tak senonoh... jangan asyik nak merempit je. Takde faedahnye. Menyusahkan orang lain je nanti.

Oklah, kepada adik-adik yang menetap di sekitar lembah klang khasnya, kalau korang tak tau nak pegi mana cuti sekolah ni... haa kitorang nak ajak korang pegi karaoke kat Redbox Ria, Sogo. Selak mukasurat 36 dan 37. Potonglah keratan tu pastu korang bacalah kat situ syarat-syaratnya. Apa tunggu lagi, ajaklah orang kampung semua datang. Tak kisahlah korang boleh menyanyi ke tak, asalkan korang enjoy... layan jelah. Tempatnya memang best, rugi kalau korang tak pegi.

Kepada peminat-peminat komik dan filem-filem sci-fi dan fantasi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama dengan kami pada 15 – 17hb Disember ni kat Cineleisure Damansara, Kuala Lumpur. Sci-Fi & Fantasy Festival 2006 akan diadakan di sana. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan berbagai acara-acara menarik yang telah disediakan untuk korang semua. Sure happening beb. InsyaAllah kartunis-kartunis dan komik artis tanahair daripada majalah G3 akan sama-sama memeriahkan festival itu nanti. Kalau korang nak berjumpa dengan kartunis-kartunis terkenal jangan lepaskan peluang ini. Pastikan temujanji korang bersama-sama kami... jumpa di sana.

Lain kali kita cerita lagi ye... jangan lupa terus support kami, tanpa korang takdelah kami.

P/s : Hari ni adalah hari pertama cuti sekolah. Cikgu Mazli menangis teresak-esak di bucu katilnya sehingga merah matanya. Bertanyalah Cikgu Razak (housemate) kepada Cikgu Mazli apakah sebenarnya yang berlaku. Cikgu Mazli mengatakan dia tertinggal barang di sekolah dan tak dapat nak ambik sebab pagar sekolah dah berkunci. Cikgu Razak tanya apakah barang yang tertinggal tu, hingga menyebabkan Cikgu Mazli berkelakuan sebegitu rupa. Lalu jawab Cikgu Mazli... “majalah G Threeeee”, huwaaaaa.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home