simpati mangsa banjir
Pada pukul 11 malam ini, seramai 103,944 orang daripada 25,579 keluarga ditempatkan di 335 pusat pemindahan sementara di seluruh negeri. Jumlah rakyat yang terjejas kerana banjir itu lebih ramai berbanding mangsa ketika banjir gelombang pertama 19 Disember lalu yang mencatatkan bilangan mangsa banjir sebanyak 80,000 hingga 90,000 orang.
- Utusan Malaysia (15/1/2007)
Sehingga jam 8 malam semalam, 101,680 penduduk dipindahkan akibat banjir yang bermula empat hari lalu. Sejumlah 30 jalan utama di seluruh negeri tidak boleh dilalui semua kenderaan, manakala Kota Tinggi, Tenggara, Mersing dan Segamat hanya boleh dihubungkan menggunakan helikopter.
- Berita Harian (15/1/2007)
Rasa simpati yg amat sangat pada mereka yang menjadi mangsa banjir. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Mungkin kita hanya mampu melihat dikaca tv betapa keadaan rumah yang selama ini menjadi tempat berlindung kini hanya tinggal bumbung. Kemusnahan harta benda yang teruk. Pelajaran anak2 tergendala. Perniagaan habis ranap. Apa lagi yang tinggal... hanya semangat yang cekal untuk terus hidup. Marilah kita membantu mereka dengan apa jua cara yang dirasakan mampu.


2 Comments:
Saya pun mangsa banjir juga.
Mohon bantuan.
OooH Kartunis Ujang dimanakah dikau??? KAMI TERAMAT-AMAT MERINDUI DIRI MU WAHAI SIFU!!!
AKU BELI MAJALAH G3 SEMATA2 KERANA UJANG. TAPI KENAPA DIA DAH LAMA TAK MELUKIS???
Post a Comment
<< Home