perjalanan yang tertangguh

Ini adalah cover terbaru majalah G3/JOM isu Disember 2006.
Isu kali ni pasal cuti sekolah. Karektor yang diketengahkan ialah watak Misterius Grapers karya Padi. Cuti sekolah ni adik dia bersunat. Abang dia dengan wajah hampezzz saje je buat adik dia jaki. Nak gi kenduri kahwin makan sedap2 tapi adik dia tak boleh nak ikut sebab 'berpantang'... muahahaaa.
Alhamdulillah isu raya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan (berpandukan kepada jumlah penyertaan peraduan) walau pun masih belum lagi mendapat figure sales yang sebenar. Sudah pasti figure tu gua cuma akan dapat lagi 2 bulan.
Bab ni yang sedih ni....
Korang tataplah cover JOM tu sepuas-puasnya sebab cover ni adalah cover yang TERAKHIR buat masa ni. Setelah mengharungi perjalanan selama setahun lebih (gua terlibat secara tidak langsung sejak dari awal penerbitannya), majalah JOM terpaksa menghentikannya penerbitannya 'buat sementara waktu'. Selama mana tu... gua memang tak pasti. Mungkin sebulan, mungkin setahun, mungkin dua tahun... mungkin tak keluar langsung. Itu semua adalah di luar bidang kuasa gua. Atas alasan apa... itu biarlah menjadi misteri. Gua memang sayang dengan majalah ni tapi keputusan ini (menghentikan sementara penerbitannya) terpaksa dilaksanakan. Pengorbanan ini tidak dapat dielakkan.
Kepada followers2 majalah JOM, gua harap korang redha dengan keadaan ini. Kita berdoa ajelah harap majalah ni akan kembali berada di pasaran memeriahkan lagi dunia komik suatu masa nanti... InsyaAllah. Harap lepas ni korang supportlah majalah G3.

