bila selipar berkata-kata

Wednesday, November 15, 2006

perjalanan yang tertangguh


Ini adalah cover terbaru majalah G3/JOM isu Disember 2006.
Isu kali ni pasal cuti sekolah. Karektor yang diketengahkan ialah watak Misterius Grapers karya Padi. Cuti sekolah ni adik dia bersunat. Abang dia dengan wajah hampezzz saje je buat adik dia jaki. Nak gi kenduri kahwin makan sedap2 tapi adik dia tak boleh nak ikut sebab 'berpantang'... muahahaaa.

Alhamdulillah isu raya mendapat sambutan yang cukup menggalakkan (berpandukan kepada jumlah penyertaan peraduan) walau pun masih belum lagi mendapat figure sales yang sebenar. Sudah pasti figure tu gua cuma akan dapat lagi 2 bulan.

Bab ni yang sedih ni....
Korang tataplah cover JOM tu sepuas-puasnya sebab cover ni adalah cover yang TERAKHIR buat masa ni. Setelah mengharungi perjalanan selama setahun lebih (gua terlibat secara tidak langsung sejak dari awal penerbitannya), majalah JOM terpaksa menghentikannya penerbitannya 'buat sementara waktu'. Selama mana tu... gua memang tak pasti. Mungkin sebulan, mungkin setahun, mungkin dua tahun... mungkin tak keluar langsung. Itu semua adalah di luar bidang kuasa gua. Atas alasan apa... itu biarlah menjadi misteri. Gua memang sayang dengan majalah ni tapi keputusan ini (menghentikan sementara penerbitannya) terpaksa dilaksanakan. Pengorbanan ini tidak dapat dielakkan.

Kepada followers2 majalah JOM, gua harap korang redha dengan keadaan ini. Kita berdoa ajelah harap majalah ni akan kembali berada di pasaran memeriahkan lagi dunia komik suatu masa nanti... InsyaAllah. Harap lepas ni korang supportlah majalah G3.

11 Comments:

Blogger shazrol said...

Up! Up! and Away!!!

10:14 AM, November 15, 2006  
Blogger shazrol said...

Sad to be true, but anyway bro...anything happen must be good,lepas ni kita bagi satu Malaysia tak kering gusi bila pegang G3.

Siapa nak tau cara Gayour jaga rambut angkat tangannn!!!!

10:21 AM, November 15, 2006  
Blogger Delly said...

G3 will boom, even much much more better after this. I'm sure. Pls, pls bro selipar add more masterpieces like Hantu Kobis and Lelaki Belalang!!!

11:04 AM, November 17, 2006  
Blogger Apai said...

Tq roy & dellyzz.

Semangat korang yang kami perlukan. InsyaAllah 2007 ni tahun untuk G3. Walaupun pada hakikatnya ada yang memandang sinis dengan kemampuan kami. Takpelah... kitorang kena pandang ke depan.

Korang rawk!

12:48 PM, November 17, 2006  
Blogger stone said...

Sad But True...
Apa Nak Dikato...
Normally patah tumbuh hilang berganti...
sure ada yg baru akan keluar (hint)

11:26 PM, November 17, 2006  
Anonymous Anonymous said...

lorr.. koknya selipar bisa ngomong-ngomongin dech?

gue pusingin dech..
kalo di ilang kan jom.. MUNGKIN sales kembali merudum.. watch it babeh!

11:41 AM, November 20, 2006  
Blogger Apai said...

it sad but its true...

hidup mesti diteruskan...

catborg - point kau tu akan diambilkira seseriusnya (apa punya ayat ni).

5:59 PM, November 20, 2006  
Blogger areyoung said...

Bagus2.. pasni kurang satu lagi saingan BESAR majalah klik.. kahkah (gelak jahat)

7:45 PM, November 20, 2006  
Blogger Apai said...

aida tu ayat dengkilah tu...
takpe gua tetap support klik!

11:23 AM, November 21, 2006  
Blogger MaMan said...

tu la aida, gelak jahat lagi, kan dah kena tukar ke Fokus!
si selipar ni ada ketulah sket, kalu tak kena baling selipar...tak tau le heheheh anyway...selipar support KLiK! slipar support KLiK!

12:38 PM, December 05, 2006  
Blogger areyoung said...

Silap tu Maman.. di mana bumi dipijak di situ langit di junjung.

Pasni aku nak mainkan isu bahasa sampai jadi isu.. biar majalah2 akademik aje yang dibenarkan jual kat market..

KAH! KAH! (Gelak lagi jahat)

5:26 PM, December 06, 2006  

Post a Comment

<< Home