pastu selipar cakap lagi
ni kata2 untuk otak editor isu raye... kalau rajin bacelah
Assalamualaikum,
Salam sejahtera.
Menjelang Hari Raya, berakhirnya puasa,
Bergema takbir senja, menyambut syawal tiba,
Suasana riang ria, terlihat sini sana,
Menyeri malam raya, terhias indah rupa.
Kalau cerita pasal raya ni gua konfiden korang mesti cakap zaman raya kanak-kanak dululah yang paling meriah. Mula dari bab pilih baju raya, kasut raya, songkok raya sampailah bab nak raya rumah sape. Yelah bab nak gi raya rumah sape ni kena plan bebetul... kalau salah plan kurang dapat duit raya... muahahaa. Pastu hari raya ni jugaklah mak bapak tak kisah kita ngan kengkawan reramai nak pegi mana. Asalkan jangan tak balik rumah sudah. Kalau ada rancangan TV yang best tu, bolehlah singgah lepak lama jap kat rumah kengkawan. Pastu sambung balik jalan-jalan cari gaduh eh cari duit... hehehe. Jadi bagi adik-adik yang masih bersekolah tu gunakanlah zaman korang ni sebaik-baiknya. Rasalah nikmat raya yang best tu... jangan sia-siakannya. Bukan apa, bila korang dah besar panjang nanti dah tak tergamak nak buat aktiviti macam tu lagi dah.
Isu kali ni sudah pastilah pasal raya. Harap korang jangan lupa belikan majalah ni untuk anak-anak sedara kat kampung tu. Ada jugak bawa balik buah tangan. Mesti diorang seronok kalau dapat baca majalah ni sambil berhari raya. Dan juga kalau korang rasa ada niat nak bagi duit raya tu, apa kata korang bagi je majalah ni ganti duit raya tu. Yelah daripada diorang gi beli mercun dengan duit tu, lebih baik diorang baca majalah ni, dapat jugak menambah ilmu pengetahuan di hari raya. Takdelah risau nak putus kaki tangan akibat main mercun.
Dan pesanan yang terakhir kesihatan dan keselamatan dimusim perayaan ni haruslah diberi perhatian. Nak balik kampung tu pastikan rumah ditinggalkan dalam keadaan yang selamat. Yang balik kampung naik kenderaan awam tu, check bebetul tarikh dan waktu perjalanan. Yang memandu tu pastikan kenderaan korang diselenggara dengan baik. JANGAN MENGADA-NGADA NAK TOLONG TAMBAH STATISTIK KEMALANGAN MUSIM PERAYAAN TAHUN NI.
Gua bagi pihak krew penerbitan G3/JOM! mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin.
P/s – Tahun ni Cikgu Mazli tak hantar kad raya kat girlfriend dia tapi dia hantar majalah G3 sebagai pengganti diri. Girlfriend Cikgu Mazli suka sangat sampai melompat-lompat sambil meneriak, “... yea yea dapat majalah G threeeeee!!!”.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home