bila selipar berkata-kata

Monday, December 18, 2006

selipar gi mancinglah plak

















9hb Disember 2006

Wetland, Putrajaya.

dari kiri : padi, amang (tetap dengan aksi lucahnya...), arif, gua & eznan.

tukang ambik gambar : helmi

suasana pagi tu diserikan dengan cuaca yang mendung dan kejap2 renyai. gua, padi & amang sampai awal kat situ. pkl 7.30 dah tercegat kat situ. yg lain2 tak sampai lagi. layan breakfast dulu.
















Bayaran untuk memancing sehari (7pg - 7mlm) - RM20 sorang. Bayaran untuk bot (boleh panggil bot ke tu) RM40 untuk sehari, tapi naik 2 orang jadi kongsilah. Dgn semangat yg berkobar2 kami pun terus naik bot masing2... baju keselamatan tu jangan lupa. Maka bermulalah aktiviti mendayung menuju ke pulau pandan jauh ketengah gunung daik bercabang tiga.
















Dengan kederat yg ada maka berjayalah kami melabuhkan bot masing2 di pulau tu. Alhamdulillah cuaca pagi tu sampai ketengahari redup je. Tanpa berlengah lagi masing2 pun terus mengeluarkan kelengkapan yg dibawa. Mekasih padi kerana mangambil tugas dengan relanya membancuh dedak untuk dibuat umpan. Padi memang expert bab ni. Antara umpan yg dibawa bersama ialah dedak, cengkerik dan cacing.






















Antara tangkapan yang terawal. Helmi hanya mampu tersenyum dan menumpang tuah Amang dengan harapan giliran dia plak lepas tu.






















Nampaknya Helmi berjaya jugak menaikkan baung (dengan lebih tepat lagi anak baung) dengan jayanya. Kini giliran Arif plak nak menumpang tuah Helmi. Adakah Arif akan berjaya... kita tungguuu....






















Giliran gua menaikkan tengalan yang boleh tahan juga daya juangnya. Tercampak jugaklah joran gua tu tapi nasib baik sempat pegang. Sebelum tu ada jugak menaikkan ikan2 yang lain tapi kecik sangat jadi lepaskan jelah balik.























Tengalan yang kedua. Yang ni besar skit dari yang memula tu. Hasil tangkapan yang kedua ni jugalah yang telah mengundang rasa tidak puas hati daripada beberapa pihak yang merasa iri hati yang amat sangat... muahahahaaa.























Giliran Padi plak. Begitu berbangga kerana berjaya mendapat 'double hook up'. Walaupun menimbulkan rasa sedikit curiga tetapi kami terpaksa memujuk hati kami untuk mempercayai ianya adalah hasil tangkapan yang sebenar... he he.























Akhirnya Padi berjaya juga menaikkan seekor tengalan yang boleh tahan juga besarnya. Sekali lagi ianya menimbulkan rasa tidak puas hati yang amat sangat kepada rakan2 yang lain... muahahhaaaa lagi.

















Pemandangan di atas pulau. Gambar ini dirakamkan oleh Eznan ketika beliau sedang berlatih berenang gaya kuak lentang (ini kes dah boring tunggu ikan tak makan umpanlah ni).


















Kira2 jam 5.30 petang cuaca semakin gelap. Kami segera mengemas barang2 dan bergegas turun ke dalam bot. Tanpa berlengah lagi kami pun mengayuh pulang sebelum di'belasah' oleh hujan lebat yang bakal tiba bila2 masa aje. Walaupun hasil tangkapan tak seberapa untuk trip kali ni tapi kitorang enjoy lepak atas pulau tu. Dan dapat juga otai Amang dan Padi menurunkan ilmu pemancingan kepada Arif dan Eznan walaupun tidak berjaya membawa pulang apa2 hasil pancingan. Yang nyata... lepas ni aku nak pegi lagi. Sesape nak ikut jomlah...

4 Comments:

Blogger areyoung said...

Gambar no. 7 tu saja je close up dekat2 psl nak bagi nampak beso kan? Kan?

4:16 PM, December 18, 2006  
Blogger Delly said...

Fuh....ilmu pemancingan...takut gua dengar....

5:10 PM, December 18, 2006  
Anonymous Anonymous said...

korang patut belajar pasal hal pancing memancing dengan "THE DERHAKA STUDENT"@ kartunis Ujang.

Ujang banyak ilmu pasal tangkap ikan ni sebab dia banyak belajar dgn GURU TOMAN & GURU SEBARAU.

Kesian kat kartunis Ujang, bila majalah Lanun dan Buletin Lubok kena tutup semua member dan anak murid lari.

Terkontang kanting dia sesorang kat CM tu.....sampai nak beli sirap limau pun tak mampu.....

'hargailah sifu'

BUNGA TOMAN

6:39 PM, December 18, 2006  
Blogger Apai said...

areyoung ni memandai je buat tohmahan macam tu. tu sebenarnya saja nak tunjukkan kat korang mcmne paras rupa sebenarnya ikan tengalan tu. pemancing belah utara kata rupanya macam brad pitt tapi pemancing belah selatan plak cakap rupanya macam harun salim bachik... entahlah aku pun tak perasan.

apelah aku merepek ni... ni mesti terlebih milo pagi ni...

delly - tu tak dengar lagi ilmu pemancingan di bus stop...

bunga toman @ toman bunga (whatever...) - ilmu ni kat mana2 ada... tak semestinya ujang je yg power pasal toman dan sebarau ni... padi pun power gak... ngehehee. tapi yg nyata ujang memang otai.

10:22 AM, December 19, 2006  

Post a Comment

<< Home