bila selipar berkata-kata

Monday, December 18, 2006

selipar gi mancinglah plak

















9hb Disember 2006

Wetland, Putrajaya.

dari kiri : padi, amang (tetap dengan aksi lucahnya...), arif, gua & eznan.

tukang ambik gambar : helmi

suasana pagi tu diserikan dengan cuaca yang mendung dan kejap2 renyai. gua, padi & amang sampai awal kat situ. pkl 7.30 dah tercegat kat situ. yg lain2 tak sampai lagi. layan breakfast dulu.
















Bayaran untuk memancing sehari (7pg - 7mlm) - RM20 sorang. Bayaran untuk bot (boleh panggil bot ke tu) RM40 untuk sehari, tapi naik 2 orang jadi kongsilah. Dgn semangat yg berkobar2 kami pun terus naik bot masing2... baju keselamatan tu jangan lupa. Maka bermulalah aktiviti mendayung menuju ke pulau pandan jauh ketengah gunung daik bercabang tiga.
















Dengan kederat yg ada maka berjayalah kami melabuhkan bot masing2 di pulau tu. Alhamdulillah cuaca pagi tu sampai ketengahari redup je. Tanpa berlengah lagi masing2 pun terus mengeluarkan kelengkapan yg dibawa. Mekasih padi kerana mangambil tugas dengan relanya membancuh dedak untuk dibuat umpan. Padi memang expert bab ni. Antara umpan yg dibawa bersama ialah dedak, cengkerik dan cacing.






















Antara tangkapan yang terawal. Helmi hanya mampu tersenyum dan menumpang tuah Amang dengan harapan giliran dia plak lepas tu.






















Nampaknya Helmi berjaya jugak menaikkan baung (dengan lebih tepat lagi anak baung) dengan jayanya. Kini giliran Arif plak nak menumpang tuah Helmi. Adakah Arif akan berjaya... kita tungguuu....






















Giliran gua menaikkan tengalan yang boleh tahan juga daya juangnya. Tercampak jugaklah joran gua tu tapi nasib baik sempat pegang. Sebelum tu ada jugak menaikkan ikan2 yang lain tapi kecik sangat jadi lepaskan jelah balik.























Tengalan yang kedua. Yang ni besar skit dari yang memula tu. Hasil tangkapan yang kedua ni jugalah yang telah mengundang rasa tidak puas hati daripada beberapa pihak yang merasa iri hati yang amat sangat... muahahahaaa.























Giliran Padi plak. Begitu berbangga kerana berjaya mendapat 'double hook up'. Walaupun menimbulkan rasa sedikit curiga tetapi kami terpaksa memujuk hati kami untuk mempercayai ianya adalah hasil tangkapan yang sebenar... he he.























Akhirnya Padi berjaya juga menaikkan seekor tengalan yang boleh tahan juga besarnya. Sekali lagi ianya menimbulkan rasa tidak puas hati yang amat sangat kepada rakan2 yang lain... muahahhaaaa lagi.

















Pemandangan di atas pulau. Gambar ini dirakamkan oleh Eznan ketika beliau sedang berlatih berenang gaya kuak lentang (ini kes dah boring tunggu ikan tak makan umpanlah ni).


















Kira2 jam 5.30 petang cuaca semakin gelap. Kami segera mengemas barang2 dan bergegas turun ke dalam bot. Tanpa berlengah lagi kami pun mengayuh pulang sebelum di'belasah' oleh hujan lebat yang bakal tiba bila2 masa aje. Walaupun hasil tangkapan tak seberapa untuk trip kali ni tapi kitorang enjoy lepak atas pulau tu. Dan dapat juga otai Amang dan Padi menurunkan ilmu pemancingan kepada Arif dan Eznan walaupun tidak berjaya membawa pulang apa2 hasil pancingan. Yang nyata... lepas ni aku nak pegi lagi. Sesape nak ikut jomlah...

Wednesday, December 06, 2006

cakap memang murah

KISAH 1
aku tak tau apa yang sebenarnya berlaku hari ni tapi aku memang betul2 tension.
aku rasa (mungkin aku silap) aku dah habis bertolak ansur dengan team aku.
yelah masing2 punya perangai dan kerenah sendiri... tapi aku enjoy dengan diorang.
selama ni macam2 'perkara' aku cover. yang baik aku try to congrate dan mana yang tak senonoh dan melanggar etika bekerja dan peraturan syarikat aku cuba untuk berkompromi. mana yang aku boleh 'cover' aku cuba. alhamdulilah setakat ni ok je.

nak 'memimpin' ni bukan senang. cakap memang murah...

KISAH 2
aku teruja bila aku punya advertising executive (AE) nak discuss dengan aku pasal dia punya presentation next week. aku beria-ia sangat nak tolong dia menyediakan presentation tu. bukan apa... banyak yang aku dengar, 'suara2 sumbang' cakap ada yang sampai nak berenti kerja kalau kena jual majalah aku ni. ok... nanti kita tengok. aku tau maria boleh buat yang terbaik. aku akan support 150%. alhamdulillah, hari isnin hari tu baru je sign ad untuk g3 rm50k. aku dan team aku dah nekad untuk all out tahun 2007 ni.

KISAH 3
hari ni kitorang dah start kitorang punya College Tour Series. hari ni pegi Kolej Bandar Utama (KBU). minggu depan (13hb) insyaAllah kitorang akan ke Cosmopoint jln raja laut. tempat ponteng lagi dikenang. lepas tu (20hb) kitorang akan ke kolej komuniti kepala batas plak. aku terhutang budi dan salute kat diorang yang involve ni. mekasih banyak2 untuk nat (natasya) yang bertungkus lumus tolong buat preparation daripada awal lagi. tq faizal sebab dengan senang hatinya menerima tugas sebagai mc. tq utk roy jgk tolong prepare backdrop dan tag. aku tak dapat nak joint diorang ni bukan maksudnya aku sesaje tak nak pegi. persediaan tu sebenarnya lebih perit daripada melaksanakannya. kalau silap arrange, everything tak kan going smoothly. tugas aku di pejabat lebih menuntut aku untuk stay kat ofis. insyaAllah aku akan joint korang lepas ni.

cakap memang murah...
tanpa maruah... membawa padah...

aku dah geli cakap tanpa bukti...
- kau masih berdegil (double trouble search&wings... 1992).